Friday, May 8, 2009

SIDANG MEDIA DS IR NIZAR

IPOH, 7 Mei (Hari Gelita) : Satu sidang media telah diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, di Ipoh Raya petang tadi. Sidang yang diadakan berkenaan perkembangan persidangan DUN Perak telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar, YB Drs. Khalil Idham Lim serta pimpinan lain seperti Ustaz Ahmad Awang, YB Dr. Hatta Ramli, YB Dr. Lo' Lo' Dato' Ghazali, YB Salahuddin Ayub serta Dr. Khairuddin.


Antara isi sidang media ialah :


Pihak Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf Speaker Haram, Ganeson


PR akan terus berusaha melalui Sultan Perak memohon agar DUN Perak dibubarkan


Kira-kira 400 orang polis telah masuk ke dalam dewan melakukan keganasan di dalam dewan yang mulia


Kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat telah dikasari dan dizalimi


ADUN Aulong, seorang OKU tidak ketinggalan diangkat oleh anggota polis secara kasar


Ada ADUN yang telah dipijak perut dan sebagainya kerana mempertahankan speaker Sivakumar


Peranan jahat SUK memasukkan SB-SB ke dalam dewan yang mulia


Pimpinan PR akan segera turun ke kawasan memberi penerangan kepada rakyat tentang isu ini


Speaker Sivakumar telah diheret dan dikurung di dalam stor bangunan dewan selama satu jam


Titah ucapan Raja Nazrin menyentuh aspek rangsangan ekonomi dan langsung tidak menyentuh isu politik Perak

SUMBER: http://zulmamakpng.blogspot.com/2009/05/sidang-media-ds-ir-nizar-malaysiakini.html

No comments:

Post a Comment