Friday, March 20, 2009

Satu lagi bentuk pembaziran wang rakyat

Baru sebentar tadi saya menonton siaran berita RTM yang menyiarkan rancangan kerajaan untuk mengadakan latihan-latihan yang sesuai bagi graduan-graduan menganggur dan mereka akan diberi elaun sebanyak lebih kurang RM1000.00 setiap peserta. Woww!!! Elok lah tu. Boleh dapat duit free. Itu duit rakyat yang digunakan oleh kerajaan. Ingat tu baik-baik wahai para graduan.

Soalan-soalan saya yang perlukan jawapan dan difikirkan bersama;

  1. Mengapa begitu ramai graduan yang menganggur? Di mana silapnya?
  2. Wahai para graduan...mengapa pilih jurusan yang ijazahnya "tidak praktikal" di dunia pekerjaan? Kurangnya pilihan yang sesuai dengan kemampuan anda? Atau sekadar nak dapat ijazah? Di mana silapnya?
  3. Betul kah para graduan memilih sangat bila nak mohon pekerjaan? Entahlah.. mungkin betul, mungkin tidak. Mungkin ijazah anda sesuai dengan pekerjaan yang anda pohon tetapi anda tetap gagal bersaing dengan pemohon lain yang tidak punya ijazah. Mengapa itu berlaku? Di mana silapnya?
  4. Ada ijazah, gaji akan lebih besar.. Betul ke?
  5. Mengapa begitu ramai graduan yang tidak reti berbahasa Inggeris? Pada pandangan saya, jika seseorang graduan itu kurang menguasai BI, dia akan cenderung memilih jurusan yang kurang atau tidak menggunakan BI. Namun, apabila berada di dunia pekerjaan sebenar, ijazahnya 'tidak laku' kerana satu faktor iaitu penguasaan BI yang lemah manakala di tempat-tempat di mana ijazahnya mungkin laku pula, dia terpaksa bersaing dengan pemohon-pemohon lain.

Komen saya;

Graduan-graduan ini adalah mangsa-mangsa kaedah sistem pendidikan yang pada saya memang gagal. Niat hati hendak membentukkan bangsa dengan acuan sendiri tetapi acuan yang tidak berkualiti akan menghasilkan isi yang tidak berkualiti juga walaupun paras rupanya cantik.

When English teachers write in BM

Mungkin ada yang tertanya-tanya... Mengapa saya, guru BI tetapi buat blog dalam BM? Hehehe....berapa ramai yang boleh menulis pandangan dan buat komen dalam BI? Saya boleh menulis posting saya dalam BI tetapi berapa ramai pembaca yang boleh benar-benar faham isu dan pandangan yang saya kupas? Inilah hasil yang diperolehi oleh kita orang-orang bidayuh yang sering sahaja "yes, sir" , "ya..ya..betul..betul..encik.. Inilah hasil yang diperolehi oleh kita disebabkan oleh kegagalan beberapa kaedah yang digunapakai dalam sistem pendidikan kita setelah 30 tahun perlaksanaan kita.

Kita semua jadi robot-robot yang telah diprogramkan. Kita hanya boleh buat apa yang diarahkan. Kita hanya jadi penurut arahan. Kita jadi "graduan-graduan A" yang kekurangan kualiti! Kita jadi penganggur-penganggur terhormat, pekerja-pekerja bawahan, petani-petani mundur, kuli-kuli cina, pekerja-pekerja kilang di negeri orang dan entah apa lagi. Semua itu harus ada titik noktahnya. Semuanya perlu diubah, bukan untuk kita ketika ini tetapi untuk anak cucu kita.

Kita boleh menjadi apa sahaja yang kita mahu tetapi mula-mula kita harus ada ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran, kita perlu mencarinya di tempat yang betul, dan dengan cara yang betul. Di mana dan bagaimana? Itu kita usahakan sendiri. Jangan terlalu kerap bergantung dengan orang lain.